LONDON - Ferrari tidak boleh memandang rendah keupayaan pesaing terdekat mereka, Red Bull dan McLaren dalam dua perlumbaan terakhir Formula Satu (F1) di Brazil dan Abu Dhabi bulan depan.
Ahad lalu, pemandu Ferrari, Fernando Alonso merampas kedudukan pendahulu keseluruhan daripada pemandu Red Bull, Mark Webber selepas menjuarai Grand Prix (GP) Korea.
Alonso kini mendahului dengan 231 mata, 11 mata mengatasi Webber yang gagal menamatkan perlumbaan pada GP Korea akibat kemalangan.
Pemandu McLaren, Lewis Hamilton yang menduduki tempat kedua GP Korea pula berada di tangga ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 21 mata di belakang Alonso.
Begitupun, Presiden Ferrari, Luca di Montezemolo berkata, mereka tidak boleh leka dengan kejayaan Alonso pada perlumbaan sulung GP Korea lalu dan harus fokus pada baki dua per- lumbaan terakhir.
"Kami tidak boleh leka kerana persaingan masih terbuka dan kami tahu kami berdepan dengan pesaing yang hebat," jelas Montezemolo.
"Kami harus mencatat keputusan terbaik di Brazil dan Abu Dhabi dan disebabkan itu, kami harus fokus setiap masa."
Sementara itu, ketua Ferrari, Stefano Domenicali menuntut pasukannya agar terus bekerja keras menjelang dua perlumbaan akan datang.
"Pertama sekali kami harus bertenang," kata Domenicali.
"Memang kami gembira dengan kemenangan ini tetapi persaingan masih belum berakhir dan apa sahaja boleh berlaku pada dua perlumbaan terakhir nanti.
"Jika kami tidak berhati-hati, kami mungkin akan terlepas peluang terbaik menjadi juara dunia." - Agensi
sumber: kosmo
Ferrari waspada Red Bull, McLaren
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment