LONDON - Nick Heidfeld mengakui semua pemandu Formula Satu (F1) pasti akan bergelut dengan kesukaran semasa menjalani sesi latihan di Korea Selatan, Jumaat ini.
Ia berikutan litar yang pertama kali menjadi lokasi perlumbaan kereta F1 itu mempunyai permukaan yang agak licin.
Litar Antarabangsa Korea yang terletak di Yeongam itu diberi lampu hijau untuk menganjurkan perlumbaan F1 selepas Pengarah Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA), Charlie Whiting menjalankan pemeriksaan selama dua hari di litar berkenaan.
Begitupun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian mengenai litar tersebut kerana turapan terakhir hanya dilakukan beberapa hari selepas pemeriksaan dijalankan.
"Dari perspektif pemandu, apa yang paling penting ialah bahagian yang diturap itu," kata Heidfeld.
"Jika turapan terakhir itu dilakukan dalam masa terdekat sebelum menjalankan pemeriksaan, ia akan menjadi berminyak dan sudah tentu mendatangkan masalah.
"Saya hanya boleh memberi maklu- mat mengenai kualiti litar di sana apa- bila saya memandu di litar itu."
Turut bimbang dengan masalah litar tersebut ialah pemandu Mercedes, Nico Rosberg.
"Ia pastinya mencabar dan menarik untuk berlumba di litar baru itu," kata Rosberg. Dari gambaran yang kami lihat, trek itu amat menarik dan saya berharap agar turapan tersebut tidak menjejaskan fokus kami." - Agensi
sumber: kosmo
Litar di Korea bimbangkan pemandu Formula Satu (F1)
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment