Home » , , » Misi Malaysia tercapai

Misi Malaysia tercapai

KONTINJEN Malaysia berjaya melepasi sasaran pungutan pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India. Pada hari terakhir temasya Komanwel semalam, kontinjen Malaysia berjaya menambah empat lagi pingat emas bagi menjadi keseluruhan 12 emas.
Jumlah itu melepasi sasaran awal iaitu 10 pingat emas yang diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN).
Ia merupakan pencapaian terbaik Malaysia pada penampilan di luar negara selepas memenangi tujuh emas, 12 perak dan 10 gangsa pada temasya di Melbourne, Australia empat tahun lalu.
Mengulas kejayaan tersebut, ketua kontinjen negara, Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalif menganggap ia adalah suatu pencapaian terbaik pada temasya Sukan Komanwel sejak tahun 1950.
“Syabas kepada semua atlet. Kesungguhan yang dipamerkan para atlet negara telah membantu kita mencapai sasaran 10 pingat emas.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada atlet muda negara terutama yang tidak diletakkan sasaran awal untuk memenangi pingat emas.
“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai kali ini,” katanya.
Pingat emas ke-10 kontinjen Malaysia hadir menerusi atlet gimrama negara, Elaine Koon yang beraksi cemerlang dalam acara gelung individu.
Kejayaan itu melengkapkan penampilan hari penuh bermakna Elaine pada temasya kali in selepas dia merangkul pingat gangsa dalam disiplin individu keseluruhan (allaround) kelmarin.
“Kejayaan Elaine ini sungguh tidak disangka. Kita meramalkan pingat emas ke-10 negara hadir menerusi acara badminton.
“Begitupun, kejayaan ini telah meringankan tekanan para pemain badminton, sekali gus membantu mereka menambah tiga lagi pingat emas untuk menjadikan 12 keseluruhan,” kata Abdul Halil.
Dalam acara badminton yang berlangsung di Kompleks Sukan Siri Fort semalam, pingat emas pertama hadir menerusi beregu bukan pilihan, Koo Kien Keat-Chin Eei Hui.
Mereka mencipta kejutan apabila menghadiahkan pingat emas kesembilan dalam acara beregu campuran sebelum pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat emas ke-11 acara perseorangan lelaki.
Selepas itu, pasangan No. 1 dunia, Kien Keat-Tan Boon Heong menyumbang pingat terakhir kontinjen Malaysia dalam acara beregu lelaki.

sumber: kosmo
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website