PELUANG pelari berpagar 110 meter nagara, Rayzam Shah Wan Sofian untuk melayakkan diri ke Sukan Asia di Guangzhou, China hampir terjejas.
Pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-87 di Trek Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam, Rayzam sekadar memenangi pingat perak.
Dengan catatan 14.17 saat, Rayzam gagal mempamerkan aksi terbaiknya dalam keadaan trek yang basah.
"Saya agak kecewa kerana saya tidak dapat melakukan yang terbaik apabila berlari dalam keadaan trek basah, sekali gus gagal melepasi had kelayakan ke Guangzhou iaitu 13.06s.
"Saya rasa acara akhir patut ditangguhkan bagi membiarkan hujan berhenti dahulu," katanya.
Pelari Arab Saudi, Ahmad Khader Al Muwallad meraih emas dengan catatan 13.91s untuk memadam rekod kejohanan iaitu 14.00s yang dipegang atlet Sri Lanka, Mahash Perera pada tahun 1997.
Atlet Thailand, Jamras Rittidet sekadar memiliki gangsa selepas ketinggalan 0.03s di belakang Rayzam.
Dengan catatan itu, Rayzam hanya layak menyertai Sukan SEA di Jakarta tahun depan.
Namun beliau masih berharap agar keputusan untuk menghantar atlet ke temasya di Guangzhou dalam kategori B serta ke Sukan SEA boleh diputuskan oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). - Bernama
sumber:kosmo
Home »
Pelari berpagar 110 meter Malaysia
,
Rayzam Shah Wan Sofian
,
Sukan Asia
» Peluang Rayzam makin terjejas
Peluang Rayzam makin terjejas
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment