Home » , , , » Masalah Rooney berpunca daripada dia sendiri

Masalah Rooney berpunca daripada dia sendiri

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya bahawa masalah yang sedang melanda penyerangnya, Wayne Rooney berpunca daripada jiwa pemain itu sendiri yang tidak tenang.
Ferguson ketika ini memberikan Rooney tempoh rehat panjang setelah penyerang England itu membuat ancaman untuk meninggalkan United.
Rooney daripada seorang yang bergelar Pemain Terbaik Tahunan tiba-tiba merudum prestasinya ketika bersama skuad England dan juga United berikutan pendedahan media berhubung skandal seks bersama pelacur.
"Saya tak pasti apa punca dia (Rooney) kehilangan prestasi kerana semua ini telah bermula sejak dia beraksi pada Piala Dunia 2010.

"Mungkin tawaran daripada beberapa kelab lain membuatkan kepalanya serabut pada ketika itu yang telah menjejaskan prestasinya. Tapi saya tak pasti itu puncanya.
"Jadi apa yang penting buat kami ialah membantu Rooney untuk menghindari masalah tersebut. Ternyata sesuatu telah mengganggu fikirannya," kata Ferguson.
Ditanya adakah ia berpunca daripada isu lanjutan kontrak baru, Ferguson berkata: "Saya berasa perkara ini juga bermain-main dalam fikirannya sebelum ini."
Manchester City dilihat hampir saja berjaya mendapatkan Rooney sehingga pemain itu menerima ancaman bunuh daripada para peminat fanatik United.
Namun Rooney akhirnya membuat pusingan U dengan menandatangani kontrak baru untuk bersama United bagi tempoh lima tahun lagi.
United telah pun mencatat tiga kemenangan selepas isu Rooney itu selesai dan Ferguson menganggap segala kekalutan yang berlaku telah membuatkan pasukannya lebih bersatu.
"Ia telah memberi satu kesan yang menarik iaitu menjadikan setiap pemain dalam pasukan ini kembali dengan semangat berpasukan.
"Rooney sudah bersedia untuk kembali dalam pasukan. Mungkin dia akan kembali dalam tempoh tiga minggu lagi," jelas Ferguson.
- Agensi

sumber:kosmo
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website