LONDON - Meskipun dianggap sebagai 'anak emas' Portugal dan 'ayam tambatan' di Real Madrid, Cristiano Ronaldo masih lagi mengambil berat tentang Manchester United.
Ketika ini, sentuhan Ronaldo dalam saingan Liga Sepanyol terus menjadi apabila dia meledakkan enam gol untuk mendahului senarai penjaring terbanyak.
Manakala bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney pula kelihatan masih tercari-cari rentak jaringannya bersama United.
Rooney hampir meninggalkan United minggu lalu selepas mempersoalkan kredibiliti perancangan masa depan kelab tersebut dan Ronaldo tampil memberi nasihatnya.
Kini selepas penyerang England itu mengubah niatnya untuk kekal di Old Traf- ford, Ronaldo percaya masanya akan tiba untuk Rooney memberi pulangan terhadap gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu yang dimintanya.
"Wayne masih belum menemui rentak- nya pada awal musim ini tetapi dia masih seorang pemain yang hebat dan saya tahu tidak lama lagi dia akan kembali pada prestasi sebenarnya," kata Ronaldo.
"Dia memutuskan untuk kekal di United dan terima kontrak baru. Kita semua harus menghormatinya.
"Siapalah saya untuk memberi nasihat kepadanya tentang perkara itu. Tetapi saya tahu segalanya boleh berubah dalam sekali mata," katanya.
Ronaldo yang meledakkan sembilan gol dalam empat aksi terakhir Real, turut me- ngalami situasi yang sama dengan Rooney sebelum ini.
"Saya juga memulakan musim ini dengan hambar," katanya.
"Tetapi sukar untuk bermain dengan baik setiap kali turun pada perlawanan tahap tertinggi seperti ini. Saya hanya mampu bertenang, berusaha gigih dan cuba menjalankan tugas sebaik mungkin.
"Selepas itu saya berjaya menyumbang beberapa gol dan segala-galanya telah berubah." - Agensi
sumber:kosmo
Ronaldo pertahankan Rooney
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment