Home » , , , » Peluang Ferrer makin cerah

Peluang Ferrer makin cerah

photo credit to kosmo
VALENCIA, Sepanyol - Peluang David Ferrer (gambar) untuk beraksi pada final Jelajah ATP Dunia di London semakin cerah selepas mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Valencia kelmarin.
Ferrer menewaskan pemain kelayakan Rusia, Teymuraz Gabashvili 6-4, 6-1, sekali gus berpeluang merebut satu daripada tiga slot yang masih kosong pada kejohanan akhir tahun itu.
Setakat ini, antara pemain yang telah melayakkan diri ialah Rafael Nadal, Roger Federer, Novak Djokovic, Andy Murray dan Robin Soderling.
Pada pertemuan kelmarin, pemain Sepanyol yang juga juara pada tahun
2008 itu tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir.
Menanti Ferrer di saingan suku akhir ialah pemain Itali, Potito Starace.

"Saya melakukan servis dengan baik sepanjang perlawanan dan bermain dengan teratur tanpa melakukan sebarang kesilapan," kata Ferrer.
Dalam pada itu, Soderling yang turun selaku pemain pilihan kedua turut mara ke saingan suku akhir selepas mengetepikan pemain Sepanyol, Daniel Gimeno-Traver 6-2, 6-3.
Turut mengikut jejak langkah pemain Sweden itu ialah pemain Rusia, Nikolay Davydenko yang melalui perlawanan sukar pada set pertama semasa menentang pemain Argentina, Juan Ignacio Chela 7-6, 6-2.
Davydenko yang mengalami kecederaan pada awal musim ini telah menyebabkan dia tidak berpeluang untuk layak ke Jelajah ATP akhir musim. Tetapi kemenangan pada setiap perlawanan telah membantunya untuk kembali beraksi dalam keadaan yang baik.
"Jika saya tewas, saya akan fikir bahawa saya telah melakukan kesilapan yang besar dan sebab itulah amat penting untuk saya bermain dengan baik untuk menambahkan tahap keyakinan saya," katanya. - Reuters

sumber:kosmo
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website