Kontinjen pertama ke Guangzhou

SERAMAI 48 pemain serta pegawai skuad bola sepak dan perahu layar negara, menjadi kontin- jen pertama Malaysia berlepas ke Guangzhou, China semalam bagi menggalas cabaran pada temasya Sukan Asia yang dijadualkan bermula secara rasminya pada 12 hingga 27 November ini.
Ketua jurulatih bola sepak negara K. Rajagobal dan dua pemain, K. Gurusamy dan S. Chanturu terpaksa mengorbankan sambutan Deepavali demi melaksanakan amanah negara itu.
Mereka berpendapat walaupun terpaksa meraikan Deepavali di perantauan, namun ia bukan penghalang melakukan yang terbaik pada temasya kali ini.
Bagi Gurusamy dan Chanturu, ini bukanlah kali pertama mereka menyambut Deepavali di luar negara kerana pernah berbuat demi- kian semasa mengikuti Skuad Harimau Muda berlatih di Slovakia tahun lepas.

Ditanya mengenai peluang skuad kebangsaan, Rajagobal berkata, walaupun dibarisi pemain muda, beliau tetap percaya dan menaruh harapan tinggi kepada mereka untuk memberikan saingan yang menarik.
"Berdasarkan kepada prestasi semasa pemain, saya yakin mereka sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Sukan Asia kali ini.
"Jika ada kekurangan, kita akan cuba memperbaikinya," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Pada saingan peringkat awal skuad negara yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen mereka Isnin ini menentang Kyrgyzstan diikuti Jepun (10 November) dan tuan rumah, China (13 November).
Sementara itu, kapten pasukan bola sepak negara, Norhafiz Zamani Misbah berkata, dia serta rakan-rakan sepasukannya bersedia menggalas cabaran tersebut dan akan memberikan fokus terbaik dalam perlawanan pertama menentang Kyrgystan.
"Kita akan tumpukan kepada latihan taktikal jurulatih dan mengikuti segala arahan. Jika mampu menang pada perlawanan Isnin depan, ini bermakna satu permulaan dan keyakinan buat kami, sebelum memikirkan corak perla- wanan seterusnya," katanya.
Penjaga gol utama kebangsaan pada temasya ini, Khairul Fahmi Che Mat berkata, walaupun beberapa pemain senior tidak tersenarai kerana masih cedera, mereka tetap yakin untuk menampilkan yang terbaik.
"Perlawanan menentang Kyrgystan pada Isnin depan sangat penting. Saya akan mencuba untuk tidak memberi ruang kepada pasu- kan lawan membolosi gawang.
"Kalau boleh, skuad negara ingin mendapatkan tiga mata penuh daripada perlawanan itu nanti untuk membangkitkan semangat menentang Jepun dan tuan rumah, China," katanya.
Antara nama yang digugurkan oleh Rajagobal dalam barisan skuad ke Guangzhou ialah ketua pasukan, Mohd. Aidil Zafuan dan kembarnya, Zaquan Adha Abdul Radzak serta dua tonggak perta- hanan, Mohd. Sabre Mat Abu dan Azmi Muslim.

sumber:kosmo
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">

0 ulasan:

Spoiler Untuk lihat komentar yang masuk:

Post a Comment

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website