GUANGZHOU, 25 Nov (Bernama) -- Tekanan yang dirasai oleh ketua kontinjen Malaysia, Datuk Zolkples Embong sepanjang temasya Sukan Asia ke-16 di sini akhirnya terlerai apabila sasaran sembilan pingat emas telah tercapai.
Malaysia menepati sasaran tersebut menerusi skuad skuasy wanita yang dianggotai oleh Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Dalia Arnold dan Sharon Wee dalam acara berpasukan.
Zolkples berkata hatinya mula geliasah apabila terpaksa menunggu lama untuk kontinjen negara mencapai sasaran tersebut.
"Saya sudah seperti tidak tentu arah sejak beberapa hari lepas. Walaupun hari ini kita ada banyak acara akhir tetapi perlawanan akhir skuasy wanita adalah yang paling penting.
"Kalau tidak menang ini (skuasy berpasukan wanita), kita mungkin sukar untuk dapat pingat emas kesembilan. Itu yang amat merisaukan saya," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir itu di Gimnasium Bandar Sukan Asia, di sini pada Khamis.
Zolkples, yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), mengucapkan terima kasih kepada semua atlet dan pegawai atas komitmen mereka dalam membantu negara mencapai sasaran.
Sukan skuasy setakat ini menyumbang tiga butir emas manakala acara boling dan karate masing-masing menghadiahkan dua pingat emas serta sebutir emas dari sukan wushu dan berbasikal.
sumber: Bernama
Home »
Keputusan Terkini Sukan Asia 2010 di Guangzhou
,
Sasaran Malaysia sudah tercapai
,
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
» SASARAN MALAYSIA UNTUK 9 PINGAT EMAS MENJADI KENYATAAN
SASARAN MALAYSIA UNTUK 9 PINGAT EMAS MENJADI KENYATAAN
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment