SUKAN Asia 2010 di Guangzhou, China seakan-akan membawa tuah buat kepada atlet karate negara, Ku Jin Keat.
Semalam, Jin Keat berjaya menebus kekecewaannya dalam dua temasya Sukan Asia sebelum ini apabila merangkul pingat emas acara Kata individu lelaki.
Dalam acara karate yang berlangsung di Gimnasium Guangdong, Guangzhou itu, Jin Keat berjaya meraih emas ketujuh buat kontinjen Malaysia setelah mencipta kejutan menewaskan Oki Itaru dari Jepun 3-2 pada aksi final.
"Saya cukup puas hati hari ini (semalam). Setelah menang pingat gangsa di Busan pada 2002 dan pingat perak di Doha pada 2006, pingat emas kali ini cukup bermakna.
"Saya sebenarnya cukup tertekan kerana ini merupakan Sukan Asia terakhir saya. Umur saya sudah 35 tahun dan saya akan bersara selepas ini," katanya selepas upacara penyampaian pingat semalam.
Pada pusingan pertama, Jin Keat menewaskan Chris Cheng dari Hong Kong (5-0) sebelum menundukkan atlet Kyrgyzstan, Dmitrii Kazanov (5-0) di suku akhir.
Pada aksi separuh akhir, Jin Keat mengetepikan cabaran Faizal Zainuddin dari Indonesia (4-1).
"Saingan daripada atlet Jepun tetap hebat kerana mereka cukup berpengalaman dalam sukan karate. Itaru yang saya tewaskan tadi (semalam) juga merupakan finalis acara Kata berpasukan di Doha.
"Apa pun, kunci kejayaan saya pada final tadi (semalam) ialah kesabaran," tambah Jin Keat.
Dalam acara Kata individu wanita yang turut berlangsung pagi semalam, wakil negara, Lim Lee Lee berjaya meraih pingat gangsa setelah menewaskan Dewi Yulianti 5-0.
"Saya cukup gembira dengan persembahan saya hari ini (semalam). Saya telah buat persiapan untuk Sukan Asia ini sejak empat tahun lalu.
"Saya puas dengan pingat gangsa yang dimenangi ini," ujar Lee Lee.
sumber: kosmo
Home »
Atlet Malaysia dapat Emas.
,
Sukan Asia
,
Sukan Asia 2010 di Guangzhou
,
Tuah Jin Keat
» Tuah Jin Keat jelma di bumi Guangzhou
Tuah Jin Keat jelma di bumi Guangzhou
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harian Metro: Arena
Error loading feed.
Kosmo Online - Sukan
- Sotong Malaya lunyai dibelasah lagi 1-4 - Invalid Date -
- Qayyum dedah sebab berhijrah - Invalid Date -
- Penutup gemilang buat Perak - Invalid Date -
- Saya hampir buat silap – Marquez - Invalid Date -
- O’Neill beri alasan Ireland Utara gagal ke Piala Dunia 2018 - Invalid Date -
Berita Sukan Online Terkini
- Keputusan Final Piala Thomas 2014: Malaysia vs Jepun - 5/25/2014
- Rusuhan London: Perlawanan pembukaan Tottenham-Everton ditunda - 8/12/2011
- Bayangan final Lee Chong Wei-Lin Dan - 8/12/2011
- Keputusan Malaysia vs Pakistan Final Skuasy Sukan Asia 2010 - 11/25/2010
- Keputusan Malaysia vs Pakistan FINAL Hoki Sukan Asia 2010 - 11/25/2010
0 ulasan:
Post a Comment