Akademi badminton tetap diteruskan

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tetap meneruskan rancangan untuk membina Akademi Badminton Negara meskipun telah dua kali gagal dalam proses pemilikan tapak.
Demikian pengakuan menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, semalam.
Beliau berkata, ia akan diteruskan kerana dana sebanyak RM24 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan akademi tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
"Perancangan kita ini ialah untuk menggabungkan akademi itu dengan akademi berbasikal dan velodrom tertutup yang akan dibina di 'Vision Valley', Labu (Negeri Sembilan)," katanya selepas melawat tapak Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kompleks Sukan Kampung Pandan semalam.
Katanya, projek itu adalah kerjasama antara kerajaan dengan sebuah syarikat swasta.
"Bagaimanapun, perkara ini masih dalam kajian dan belum diputuskan," katanya.
Pada 2008, KBS mengenal pasti satu tapak di Taman Maluri, Cheras untuk pembinaan akademi itu yang akan menjadi pusat kece- merlangan badminton negara.
Bagaimanapun, KBS terpaksa melepaskan tapak tersebut dan memilih satu kawasan seluas 3.3 hektar kepunyaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Jalan Cochrane, Cheras.
Baru-baru ini JAS mengambil keputusan untuk tidak melepaskan tapak tersebut kerana ia tergolong dalam hartanah bernilai tinggi.

sumber: kosmo online
Read More | ulasan

Lee Chong Wei mudah lepasi halangan

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei memulakan kempen mempertahankan kejuaraan badminton Terbuka Macau dengan menang mudah ke atas pemain tuan rumah, Chan lo Chong semalam.
Pemain No. 1 dunia itu hanya memerlukan 19 minit untuk membenam cabaran Io Chong 21-9, 21-10, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pilihan utama pada kejohanan Grand Prix Emas bernilai AS$120,000 (RM383,000) itu.
Chong Wei, yang turut muncul naib juara Terbuka Macau dua kali pada 2008 dan 2006 kini akan menentang pemenang di antara rakan senegara dan juara Terbuka Kedah, Chan Kwong Beng atau pemain Taiwan, Hao Hsu Jen.
Pemain berusia 27 tahun itu memburu kejuaraan keenamnya tahun ini selepas muncul juara dalam empat kejohanan Siri Super - All England, Terbuka Korea, Terbuka Malaysia dan Terbuka Indonesia, selain gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, dua minggu lalu.
Biarpun Malaysia turut menghantar lima lagi pemain perseorangan lelaki - Wong Choong Hann, Tan Chun Seang, Liew Daren, Mohd. Arif Abdul Latif dan Beryno Wong, namun jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro menjadi pilihan untuk bertemu Chong Wei di final, Ahad ini.
Sementara itu cubaan kedua kombinasi baru beregu campuran, Tan Bin Shen-Ng Hui Ern untuk melangkah ke undian utama kejohanan Grand Prix Emas tidak kesampaian apabila tunduk 21-19, 19-21, 19-21 di tangan pasangan Taiwan, Pin Lu Chia-Han Hung Shih di pusingan kelayakan.
Malaysia turut membariskan tujuh beregu lelaki diketuai Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Mohd. Fairuzizuan Tazari-Mohd. Zakry Latif, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen, Goh Wei Shem-Teo Kok Siang, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon-Lim Kim Wah, namun semuanya hanya memulakan kempen hari ini.
Cabaran perseorangan wanita pula diketuai Wong Mew Choo dan Lydia Cheah, yang turut turun ke gelanggang hari ini manakala pasangan muda paling menyinar, Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengetuai saingan beregu wanita bersama Ng Hui Ern-Ng Hui Lin, selain pasangan senior, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

sumber: utusan malaysia online
Read More | ulasan

PIALA DUNIA | SEPANYOL JUARA 2010

Nampaknya demam bola sepak Piala Dunia sudah berakhir. Sepanyol muncul juara apabila mengalahkan Belanda 1-0 hasil jaringan Andres Iniesta pada masa tambahan minit ke 116. Perlawanan itu berlangsung di stadium Soccer City Johannesburg awal pagi tadi. Nampaknya ramalan paul si sotong peramal tepat lagi kali ini.
Untuk melihat statistik hasil dari perlawan tersebut klik di Sini.

p/s sotong-sotong. macam-macam ada. Habislah kau Nuri. Hik...
Read More | ulasan

WORLD CUP | Match for third place

Latest Resault

Germany beat 3-2 over Uruguay at the stadium Port Elizabeth Stadium just now.

Gol Germany - Thomas Mueller (19') Marcell Jansen (56') Sami Khedira (82')

Gol Uruguay - Edinson Cavani (28') Diego Forlan (51')
Read More | ulasan

FINAL | SIAPA YANG AKAN BERTEMU DENGAN BELANDA

Dua lagi pasukan yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2010 South Africa akan beraksi pada awal pagi nanti 8 July 2010 (02:30am). Pasukan tersebut ialah pertemuan antara German Dengan Sepanyol. Kedua-dua pasukan tersebut perlu bekerja keras untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir nanti yang akan bertemu dengan pasukan Belanda. Perlawanan akhir berjadual pada 11 July nanti. Kepada peminat-peminat bola sepak jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawan ini pada awal pagi nanti.
Read More | ulasan

PIALA DUNIA | BELANDA MASUK KE PERLAWANAN AKHIR

Keputusan memihak kepada pasukan Belanda apabila menang 3-2 ke atas Uruguay yang berlangsung di stadium Cape Town's Green Point awal pagi tadi. Kemenangan itu melayakkan pasukan Belanda masuk ke perlawanan akhir yang berjadual pada 11 July nanti. Sama ada German atau Sepanyol yang akan bertemu dengan pasukan itu terpulang kepada perlawanan awal pagi nanti.

Gol Belanda - Giovanni Van Bronckhorst(18') Wesley Sneijder(70') Arjen Robben(73')

Gol Uruguay - Diego Forlan(41') Maximiliono Pereira(90'+2)
Read More | ulasan

WORLD CUP Germany Vs Argentina

Latest Resault

Germany beat Argentina 4-0 at Cape Town's Green Point Stadium.
Goal Germany - Thomas Mueller (3') Miroslav Klose (68',89') Arne Friedrich (74')
Read More | ulasan

PIALA DUNIA | BRAZIL TERSINGKIR

PORT ELIZABETH - Brazil terpaksa menangguhkan impian untuk menjulang Piala Dunia buat kali keenam, sekurang-kurangnya sehingga edisi 2014 di bumi sendiri setelah rebah kepada Belanda 1-2 dekat Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.

Bintang AC Milan, Wesley Sneijder merupakan individu yang bertanggungjawab menunjukkan jalan pulang kepada Brazil setelah menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-67.

Terdahulu, hantaran panjangnya ke kotak penalti lawan pada minit ke-53 menjadi punca Felipe Melo tertanduk bola ke gawang sendiri untuk gol penyamaan Belanda setelah Brazil mendahului melalui gol awal Robinho pada minit ke-9.

Read More | ulasan

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

Followers

Blog Stats


Internet Marketing
Submit website
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
My Ping in TotalPing.com
HTML hit counter - Quick-counter.net
asp hit counter
hidden hit counter


Blog Archive

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website