KUCHING: Sarawak kini bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan pusingan ketiga Pertandingan Go-Kart Asia Max dan Rotax Max yang bakal berlangsung di litar sementara Stadium Sarawak pada 18 dan 19 Jun ini.
Pengerusi penganjurnya, Snowdan Lawan berkata, persiapan untuk menganjurkan acara go-kart yang terbesar yang pernah dianjurkan di negeri ini kini berjalan lancar untuk menyambut 100 pelumba dari 18 negara yang bertanding dalam enam kategori.
Enam kategori tersebut ialah Micromax, Junior Max, Senior Max, Masters, DD2 dan Piala Ketua Menteri.
“Ramai pelumba serta krew mereka sudah tiba dan lebih ramai yang akan tiba pada hari ini (semalam) dan esok (hari ini). Kita hanya akan dapat mengetahui jumlah sebenar pelumba pada hari pendaftaran esok (hari ini),” katanya ketika ditemui di litar semalam.
Snowdan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin dan juga bekas pelumba go-kart berkata, pihaknya akan memastikan perjalanan pertandingan yang terbaik memandangkan ia merupakan kali pertama negeri ini mengadakan acara antarabangsa yang berprestij ini.
“Saya sudah menerima beberapa aduan daripada pasukan yang bertanding dan ia normal kerana mereka adalah pelumba profesional dan salah satu daripadanya adalah litar yang tidak rata.
“Saya bersetuju dengan aduan tersebut memandangkan litar kita hanyalah litar sementara,” katanya.
Justeru, beliau berkata bahawa negeri ini memerlukan sebuah litar bertaraf antarabangsa kerana acara tersebut bakal diadakan setiap tahun di negeri ini sekali gus mempromosikan sukan pelancongan di negeri ini.
“Kita akan menghantar cadangan membina litar kepada kerajaan negeri dan kita juga akan menghantar kertas kerja bertujuan untuk mendapat peruntukan bagi penganjuran pertandingan ini pada masa akan datang,” jelasnya sambil berkata pertandingan tersebut memakan belanja sebanyak RM500,000.
Antara negara-negara yang terlibat dalam pertandingan tersebut adalah Jepun, Singapura, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Sri Lanka, Thailand, China, Hong Kong, Macau, Chinese Taipei, Korea Selatan, Brunei, Filipina, India, Australia, New Caledonia dan tuan rumah, Malaysia.
Acara tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mempromosi sukan bermotor dan destinasi pelancongan sukan selain mengasah bakat baru dalam sukan tersebut.
sumber Borneo Post
Sarawak sedia anjur go-kart berprestij hujung minggu ini
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment