SHENZHEN: Penembak kebangsaan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim berazam untuk memastikan bidikannya hari ini (Sabtu) akan membawa kejayaan walaupun terpaksa berhadapan dengan lapang sasar yang tidak mencapai tahap yang diharapkannya.
Nur Ayuni Farhana, antara harapan negara untuk memungut pingat pada Temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di sini berhadapan acara terakhir hari ini iaitu 50 meter rifle 3 positions individu wanita.
Beliau yang gagal meraih pingat dalam acara 10 meter air rifle individu wanita kelmarin, kini berusaha untuk mendapatkan ‘mood’ untuk beraksi dengan lebih baik hari ini walaupun kurang selesa dengan keadaan lapang sasar Shenzhen.
“Sebelum ini kami difahamkan pihak penganjur akan menyediakan lapang sasar elektronik tetapi sebaliknya berlaku dan menyebabkan kami rasa kekok ketika membuat bidikan.
“Lebih-lebih lagi posisi target yang lebih rendah keduduknya daripada lapangan sasar lain,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Nur Ayuni Farhana, 21, berkata bagaiamanapun beliau akan cuba lakukan aksi yang terbaik hari ini memandangkan itu merupakan peluang terakhirnya untuk meraih pingat pada temasya sukan kedua terbesar dunia itu.
“Banyak pengalaman baru yang dapat saya pelajari daripada Universiade dan selepas ini, saya akan lebih bersedia bagi menghadapi sebarang bentuk kemungkinan yang akan berlaku sama ada dari segi keadaan lapang sasar, keadaan angin dan juga faktor-faktor lain,” katanya. — Bernama
sumber Borneopost
Home »
Nur Ayuni akan cuba bidik pingat
,
Sukan
,
Sukan dalam Negara
,
Sukan Dunia
,
Temasya Sukan Universiti Dunia
» Penembak kebangsaan | Nur Ayuni akan cuba bidik pingat buat negara hari ini.
Penembak kebangsaan | Nur Ayuni akan cuba bidik pingat buat negara hari ini.
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment