Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

18 negara sah bersaing

Kelayakan akhir junior ITF Asia/Oceania berlangsung 28 Apr-13 Mei

KUCHING: Sebanyak 18 buah negara mengesahkan penyertaan pada kelayakan akhir Kejohanan Tenis Junior Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Bawah 14 Tahun Asia/Oceania 2012 yang akan berlangsung dari 28 April hingga 13 Mei ini.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis Sarawak (SLTA) dan disokong oleh ITF dan Persatuan Tenis Malaysia (LTAM), akan dilangsungkan di Pusat Tenis SLTA.

Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew berkata, pertandingan tersebut akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan.

Kategori lelaki akan dilangsungkan pada 28 April hingga 6 Mei, manakala kategori perempuan pada 5 Mei hingga 13 Mei ini.

“SLTA diberi kepercayaan buat kali ketiga pada tahun ini untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia.

“Setiap pasukan akan diberi geran sebanyak RM4,295 (AS$1,400) yang berjumlah RM150,000 untuk keseluruhan pasukan yang bertanding,” beliau berkata pada sidang media untuk mengumumkan senarai peserta di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Patrick, setiap pasukan perlu menghantar dua pemain perseorangan dan satu pasukan beregu bagi setiap kategori.

Negara-negara yang akan mengambil bahagian terdiri daripada Malaysia, Australia, China, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Japan, Kazakhstan, Korea, New Zealand, Filipina, Syria, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Uzbekistan.

Empat peserta terbaik dalam setiap kategori layak untuk bertanding pada pertandingan akhir yang akan dilangsungkan di Republik Czech dari 13 hingga 18 Ogos nanti.

Juara bertahan bagi ketegori lelaki ialah Korea dan kategori perempuan diungguli Serbia.

Kejohanan ini diadakan bagi membantu para pemain memperolehi mata bagi memperkukuhkan kedudukan mereka dalam ranking dunia ITF dan ia akan dijalankan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh persekutuan tersebut.

Read More | ulasan

Koo-Tan mungkin tidak berganding lagi

KUALA LUMPUR - Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bukan saja bakal dipecahkan pada kejohanan kelayakan Piala Thomas minggu depan, malah mungkin berdepan perpisahan kekal sebaik Sukan Olimpik London berakhir, Ogos ini.

Ketua jurulatih beregu kebangsaan, Tan Kim Her mungkin tidak melibatkan pasangan No. 6 dunia itu apabila melakukan rombakan beregu minggu ini, namun mereka pasti tidak akan terlepas jika gagal pada Olimpik London.

Kim Her mengakui, ketika ini tiada siapa pun yang mendapat jaminan akan kekal sebagai satu gandingan, termasuk Kien Keat dan Boong Hong. Namun, memandangkan Sukan Olimpik sudah terlalu dekat, beregu utama itu 'selamat' untuk seketika daripada sebarang tindakan.
Read More | ulasan (1)

ACC 2012: Anuar ketuai cabaran negara

Photo credit to Kosmo


PELUMBA sensasi, Anuar Manan akan mengetuai skuad lumba basikal negara pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 14 Februari depan.
Jurulatih negara, Syed Mohd. Hussaini Syed Mazlan berkata, Anuar, pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu adalah antara enam pelumba yang disena- raikan untuk menghadapi kejohanan lima hari itu.
"Kita akan menurunkan pelumba-pelumba yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing- masing," katanya.
Selain Anuar, pelumba-pelumba yang akan mewakili negara ialah Zamri Salleh, Haris Salleh, Suhardi Hassan, Mohd. Nor Idzuan Zainal, Akmal Amron dan Amir Mustapa Rosli.
Syed Mohd. Hussaini berharap keha- diran Anuar akan memberi suntikan se- mangat kepada pelumba-pelumba yang lain untuk membawa cabaran serta mengharumkan nama negara dalam kejohanan berprestij itu.
Menurutnya, di samping itu, negara juga menyenaraikan Fauzan Lutfi dan Ng Yong Li untuk menggalas cabaran da- lam acara ujian masa perseorangan lebuh raya pada ACC kelak.
Read More | ulasan

Karim letak jawatan

TIMBALAN Presiden, Karim Ibrahim meletak jawatan selaku Pengerusi Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berkuat kuasa serta-merta kelmarin.
Karim berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan prestasi hambar barisan atlet olahraga negara pada temasya Sukan SEA di Palembang, Indonesia pada November tahun lalu.
“Sebelum Sukan SEA 2011 lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini (meletak jawatan).
“Jika atlet-atlet olahraga negara gagal membawa pulang lebih banyak pingat emas berbanding Sukan SEA di Laos pada 2009, saya akan meletak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas KOM di Bukit Jalil malam kelmarin.
Read More | ulasan (29)

Badminton | Beregu Negara Koo/Tan Mara Ke Suku Akhir Masters China

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Beregu utama negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Siri Super Masters China di Changzhou, malam Khamis.

Pilihan kelima kejohanan itu mengambil masa 36 minit untuk menewaskan beregu bukan pilihan Chen Hung Li/Lin Yu Lang dari Taiwan 21-14, 9-21, 21-17.

Koo dan Tan dijadualkan bertemu pilihan ketiga Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan esok.

Sementara itu, pemain profesional negara Muhammad Hafiz Hashim menamatkan saingan dalam perseorangan lelaki setelah tumpas pada pemain tuan rumah dan pilihan nombor satu, Lin Dan, 21-14, 18-21, 9-21.
Read More | ulasan

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

Followers

Blog Stats


Internet Marketing
Submit website
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
My Ping in TotalPing.com
HTML hit counter - Quick-counter.net
asp hit counter
hidden hit counter


Blog Archive

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website