PELUANG Malaysia untuk meraih kejuaraan dunia pertama dalam sejarah badminton tampak sukar apabila undian yang dilakukan semalam tidak memihak kepada pemain-pemain negara.
Lebih malang apabila pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa berdepan rakan senegara, Muhammad Hafiz Hashim seawal pusingan kedua sekiranya masing-masing melepasi halangan pertama.
Malah jika salah seorang berjaya mara, berada dalam laluan seterusnya adalah sama ada Jan Jorgensen (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia), Kenichi Tago (Jepun) atau paling digeruni, Lin Dan (China) sebelum boleh mara ke perlawanan akhir.
Manakala dalam satu lagi kumpulan undian bagi Kejohanan Dunia 2010 itu yang dianggap agak mudah menyaksikan Peter Gade (Denmark), Chen Jin (China) dan Sony Dwi Kuncoro menjadi pilihan untuk mara ke final.
Sony merupakan naib juara perseorangan lelaki pada 2007 dan menduduki tempat ketiga pada kejohanan di Hy- drebad, India tahun lalu.
Begitu juga dalam acara beregu lelaki menyaksikan pasangan Koo Kien Keat- Tan Boon Heong terus dihantui kelibat pasangan Korea, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae.
Terbaru, beregu nombor satu negara dan dunia itu tumpas kepada Jae Sung- Yong Dae pada separuh akhir Terbuka Taiwan yang berlangsung minggu lalu.
Pada Kejohanan Dunia nanti, kedua-dua musuh ketat ini dijangka bertemu lebih awal iaitu dalam suku akhir sebelum boleh mara ke peringkat seterusnya.
Satu lagi beregu negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah juga berdepan kesukaran apabila dijangka bertemu juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan pada pusingan ketiga.
Belum ada pemain Malaysia pernah muncul juara dunia dalam semua kategori yang dipertandingkan setiap tahun.
Kejohanan Dunia 2010 bakal berlangsung di Paris, Perancis dari 23 hingga 29 Ogos ini.
sumber: Kosmo online
Laluan Sukar Buat Malaysia
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.