Showing posts with label Lin Dan. Show all posts
Showing posts with label Lin Dan. Show all posts

Chong Wei Kecewa, Lin Dan Rangkul Gelaran Dunia Kali Keempat

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Hajat merangkul gelaran juara dunia tidak kesampaian bagi pemain perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei.

Pilihan utama kejohanan itu tewas pada musuh tradisinya, Lin Dan dari China, 22-20, 14-21 dan 21-23 pada pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London Ahad malam.

Chong Wei bermula baik pada set pertama meskipun ditentang hebat Lin Dan, yang cenderung mengajak beliau bermain di jaring.

Dalam satu rali panjang ketika kedudukan terikat 14-14, Chong Wei menampilkan kemahiran menarik apabila mampu membalas pukulan walaupun diasak bertalu-talu oleh Lin Dan.

Kesilapan Lin Dan pada minit terakhir set pertama memberi mata mudah kepada Chong Wei, yang menamatkan set tersebut 22-20 dengan pukulan kencang ke penjuru gelanggang.

Pada set kedua, kealpaan Chong Wei membiarkan beberapa hantaran yang disangka keluar gelanggang, memberi peluang kepada wira China itu bangkit dan menjarakkan kedudukan.

Lin Dan akhirnya berjaya mengheret permainan ke set penentuan setelah menang set kedua 21-14.

Pada set ketiga, kedua-dua pemain mempamerkan aksi cemerlang dan perlawanan berlangsung dalam keadaan sengit sehingga ke penghujung.

Meskipun Chong Wei dua kali berada pada kedudukan 'game point' iaitu 20-19, 21-20, nasib tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Kejuaraan menjadi milik Lin Dan yang mencipta mata kemenangan 23-21 dengan pukulan kencang ke tengah gelanggang.

Ini merupakan kali keempat Lin Dan meraih gelaran juara dunia.

Sementara itu, kekecewaan jelas terpancar di wajah Chong Wei yang gagal memanfaatkan peluang keemasan untuk mencipta sejarah sebagai pemain badminton negara pertama mengungguli kejohanan tersebut.

Kali terakhir pemain Malaysia layak ke perlawanan akhir perseorangan lelaki adalah pada 2003, menerusi Wong Choong Han.

Perlawanan antara Chong Wei dan Lin Dan mendapat sokongan padu rakyat Malaysia di London, serta ditonton jutaan peminat di tanah air.

Turut kelihatan di kalangan penonton di Arena Wembley adalah mangsa rusuhan di London, Muhammad Ashraf Haziq Rossli.

-- BERNAMA
Read More | ulasan

Lin Dan,Chong Wei ke separuh akhir.

BAYANGAN pertembungan Lee Chong Wei menentang juara Olimpik, Lin Dan dalam final kejohanan badminton Terbuka Korea semakin menjadi satu realiti ketika ini selepas kedua-dua pemain elit dunia itu layak ke saingan separuh akhir, malam tadi.
Chong Wei menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-14, 21-19 manakala Lin Dan berhempas pulas menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia, Taufik Hidayat 21-13, 8-21, 21-15.
Hari turut menjadi ceria buat pasangan beregu emas negara, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong selepas menewaskan rakan senegara, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock 21-17, 12-21, 21-16 dalam saingan suku akhir, semalam.
Dalam separuh akhir, hari ini Chong Wei akan menentang Du Pengyu - seorang lagi pemain China yang berada dalam ranking ke-11 dunia.
Lin Dan pula dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan pemain muda Indonesia, Simon Santoso dalam satu saingan buat mengintai tiket ke final di kejohanan terkaya itu.
Kean Keat-Boon Heong bakal bertemu beregu nombor tujuh dunia, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan dalam kelompok empat terakhir, hari ini manakala satu lagi saingan peringkat sama membabitkan pertemuan beregu nombor satu dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark menentang Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong (ketiga dunia) dari Korea Selatan.
sumber: Berita harian
Read More | ulasan

Chong Wei tak takut Lin Dan

 KUALA LUMPUR - Walaupun ramai yang meramalkan harapan Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan dunia buat kali pertama cukup tipis selepas dijangka menentang musuh tradisi dan juara dunia tiga kali, Lin Dan di separuh akhir, namun Datuk Lee Chong Wei tetap optimis dengan peluangnya.

Utusan Malaysia Online - Sukan

Read More | ulasan

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

Followers

Blog Stats


Internet Marketing
Submit website
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
My Ping in TotalPing.com
HTML hit counter - Quick-counter.net
asp hit counter
hidden hit counter


Blog Archive

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website