Showing posts with label Sukan Dunia. Show all posts
Showing posts with label Sukan Dunia. Show all posts

Penembak kebangsaan | Nur Ayuni akan cuba bidik pingat buat negara hari ini.

SHENZHEN: Penembak kebangsaan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim berazam untuk memastikan bidikannya hari ini (Sabtu) akan membawa kejayaan walaupun terpaksa berhadapan dengan lapang sasar yang tidak mencapai tahap yang diharapkannya.
Nur Ayuni Farhana, antara harapan negara untuk memungut pingat pada Temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di sini berhadapan acara terakhir hari ini iaitu 50 meter rifle 3 positions individu wanita.
Beliau yang gagal meraih pingat dalam acara 10 meter air rifle individu wanita kelmarin, kini berusaha untuk mendapatkan ‘mood’ untuk beraksi dengan lebih baik hari ini walaupun kurang selesa dengan keadaan lapang sasar Shenzhen.
Read More | ulasan

Perlawanan Pertama Pusingan Kelayakan Piala Dunia | Malaysia Tewas 3-5 Kepada Singapura

SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini Sabtu malam.

Pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.

Namun pemain Singa Singapura Aleksandar Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ke-7 untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.

Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.

Bayangan penyerang Shi Jiayi sering mengucar-kacirkan pertahanan Harimau Malaya. Singapura memperolehi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-21 apabila ketua pasukannya Sharil Ishak dijatuhkan di luar kotak penalti Malaysia yang sepakannya disempurnakan oleh Qiu Li.

Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43 manakala Shi Jiayi menjaringkan gol keempat pada minit ke-45.

Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.

Namun ia tidak menyekat semangat pemain Malaysia untuk terus menghasilkan gol apabila Abdul Hadi Yahaya dan Safee Sali masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-68 dan ke-69 bagi merapatkan jurang gol.

Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia.

-- BERNAMA
Read More | ulasan

Sukan Boling | Malaysia Raih Pingat Perak

MALAYSIA berjaya meraih pingat perak dalam acara berpasangan pada Kejohanan Boling Lelaki Dunia di Dream Bowl Palace, Munich semalam.
Kejayaan tersebut hadir menerusi gandingan mantap Alex Liew dan Nur Aiman yang ternyata cemerlang sepanjang laluan mereka ke perlawanan akhir.
Pada aksi final semalam, mereka turun menentang pasangan pilihan utama kejohanan dari Sweden, Martin Paulsson dan Mathias Arup tanpa sedikit pun tidak menunjukkan perasaan gentar.
Malah, gandingan mereka dilihat lebih cemerlang pada awal saingan apabila pasangan negara itu berjaya mendahului lawan mereka dengan 16 jatuhan pin.
Read More | ulasan

Harian Metro: Arena

Kosmo Online - Sukan

Berita Sukan Online Terkini

Followers

Blog Stats


Internet Marketing
Submit website
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
My Ping in TotalPing.com
HTML hit counter - Quick-counter.net
asp hit counter
hidden hit counter


Blog Archive

Powered by Blogger.
 
Copyright © 2011. Berita Sukan Terkini . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template modify by Creating Website